Reformasi Tabung Haji dalam kerangka Malaysia Madani

Iklan
Reformasi Tabung Haji dalam kerangka Malaysia Madani menekankan kepentingan tadbir urus profesional, ketelusan dan pemulihan mandat asal TH sebagai institusi amanah umat Islam. - Gambar hiasan

HAJI sering difahami sebagai perjalanan spiritual yang membawa manusia mendekati Tuhan.

Malcolm X, selepas menunaikan haji pada tahun 1964 dan mengambil nama El-Hajj Malik El-Shabazz, menggambarkan pengalaman itu sebagai titik perubahan yang mengubah seluruh pandangan hidupnya tentang persaudaraan, keadilan dan kemanusiaan.

Iklan
Iklan

Di Tanah Suci, beliau menyaksikan manusia daripada pelbagai bangsa dan warna kulit berdiri sama rata di hadapan ALLAH. Pengalaman itulah yang mengubah seorang pejuang hak asasi menjadi tokoh yang melihat Islam sebagai agama yang membebaskan manusia daripada prasangka dan ketidakadilan.

Namun, haji bukan hanya soal pencarian makna dan penyucian jiwa. Di sebalik setiap perjalanan ke Tanah Suci, terdapat satu ekosistem pengurusan amanah yang amat besar.

Iklan

Kerajaan Arab Saudi memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah kepada jutaan jemaah setiap tahun, manakala negara seperti Malaysia memikul amanah mengurus simpanan, pelaburan dan kebajikan bakal haji melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Justeru, pengurusan kewangan TH bukan sekadar isu korporat. Ia berkait secara langsung dengan kemampuan umat Islam menunaikan ibadah, kelestarian dana mereka serta keyakinan terhadap sebuah institusi yang dibina atas nama agama.

Iklan

Dalam konteks inilah temu bual eksklusif Tan Sri Abdul Rashid Hussain bersama The Edge bertajuk Putting Tabung Haji in order wajar dibaca.

Ia bukan sekadar wawancara mengenai prestasi kewangan sebuah institusi, sebaliknya merupakan terjemahan kepada iltizam politik sebuah kerajaan untuk mengembalikan TH kepada mandat asalnya sebagai institusi amanah umat yang ditadbir secara profesional, telus dan bebas daripada campur tangan politik.