Ujian saat kuasa di tangan
Iklan
Ujian kuasa bukan sekadar tentang mengekang rasuah atau keingkaran. Gambar hiasan
PAKAR psikologi Universiti Yale, Stanley Milgram, dalam Eksperimen Kepatuhan Milgram (Milgram Obedience Experiment) yang dijalankan pada 1961, mendapati manusia sanggup lakukan hal kejam, hatta membunuh, apabila mereka percaya ia perlu atas tujuan benar.
Di awal eksperimen, hampir semua peserta maklumkan yang mereka tak sanggup menyeksa orang lain apatah lagi menyebabkan kematian tak kiralah apa pun arahan dan alasannya.