Jangan keliru, manifesto rasmi PH berbeza dengan janji calon - Fuziah

Iklan
Fuziah (kanan) melihat proses pengisian bantuan subsidi Budi Madani Diesel di Stesen Minyak Petronas Bandar Dato Onn pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Pengumuman misi yang dibuat calon-calon Pakatan Harapan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan yang ditandingi mereka, sebelum ini bukan manifesto rasmi gabungan berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata sebaliknya ianya hanya sekadar tekad dan komitmen calon untuk menyelesaikan isu di kawasan masing-masing.

Iklan
Iklan

Katanya manifesto PH hanya merujuk kepada dasar serta komitmen yang akan dilaksanakan sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

"Calon-calon yang mengumumkan perancangan di kawasan masing-masing hanya membawa tekad mereka untuk membantu penduduk setempat.

Iklan

"Kalau calon kata dia mahu menyelesaikan masalah kutipan sampah contohnya, itu bukan manifesto. Itu adalah tekad mereka untuk membantu kawasan yang mereka wakili. Ia bukan dasar besar yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tinjauan pelaksanaan mekanisme bantuan Budi Madani Diesel di Stesen Petronas Bandar Dato’ Onn di sini pada Khamis.

Iklan

Fuziah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan calon PH bagi DUN Perling, Alan Tee Boon Tsong dan calon DUN Skudai, Kartiyaini Jeyapalan mengumumkan manifesto masing-masing semalam.

Kedua-dua calon memberi alasan ia memberi tumpuan kepada isu setempat manakala manifesto rasmi PH Johor dijadual dilancarkan esok.