Empat kerusi BN lawan PN, bukti dakwaan 'PN bantu BN' tidak benar - Ka Siong
Iklan
Wee Ka Siong.
JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 tidak berasas.
Katanya empat kerusi yang ditandingi MCA di bawah tiket BN iaitu Jementah, Paloh, Layang-Layang dan Stulang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan BN, Pakatan Harapan (PH) dan PN.
Iklan
Iklan
"Empat kerusi BN-MCA dalam PRN Johor kali ini iaitu Jementah, Paloh, Layang-Layang dan Stulang, berdepan saingan tiga penjuru menentang PH dan PN.
"Ini saja sudah cukup untuk menjawab dakwaan PH-DAP bahawa"PN bantu BN".
Iklan
"Semalam, saya hadir ke ceramah di N02 Jementah untuk berkempen bagi calon BN, See Ann Giap yang menentang DAP dan Pas. Jika MCA diberi laluan mudah oleh PN, mengapa calon kita perlu lawan PH dan PN?," katanya dalam satu kenyatan pada Rabu.
Dalam pada itu, Ka Siong turut menolak dakwaan bahawa calon MCA yang tewas boleh dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan atau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Iklan
Katanya dakwaan itu hanyalah rekaan kerana tidak selaras dengan Perlembagaan Negeri Johor.
"Menyebarkan cerita dongeng sedemikian mungkin kelihatan menarik dan sensasi, tetapi ia tidak dapat mengubah fakta dan realiti," katanya.
Ceramah berkenaan turut dihadiri Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta calon BN DUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip.
Dalam ucapannya, Ka Siong turut merakamkan penghargaan kepada Onn Hafiz yang disifatkan memiliki kepimpinan tegas dan berjaya memastikan Johor terus berada di landasan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi sejak menerajui pentadbiran negeri pada 2022.
Beliau turut menyeru pengundi di DUN Jementah supaya memberikan mandat kepada calon BN, See Ann Giap, bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan.
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.