'Dengar suara minta tolong' - Pendaki hilang tiga hari jatuh gaung di Gunung Jerai
Iklan
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki Gunung Jerai ditemukan selamat selepas hampir tiga hari terperangkap di kawasan curam.
YAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki Gunung Jerai di sini, pada Ahad ditemukan selamat selepas hampir tiga hari terperangkap di kawasan curam.
Mangsa berusia 34 tahun ditemui kira-kira 20 meter dari tebing gaung di kawasan Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai, hasil tindakan pantas pasukan penyelamat yang digerakkan selepas menerima panggilan kecemasan.
Iklan
Iklan
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu menerusi talian pada jam 7.30 malam pada Selasa sebelum mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Cempedak ke lokasi.
Mangsa ditemui kira-kira 20 meter dari tebing gaung di kawasan Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai, hasil tindakan pantas pasukan penyelamat yang digerakkan selepas menerima panggilan kecemasan.
Iklan
Menurutnya, operasi diketuai Komander Operasi Kanan, Ahmad Naufal Abdullah dengan bantuan sembilan anggota bomba serta beberapa aset termasuk sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan kenderaan pacuan empat roda.
"Hasil maklumat awal, mangsa dipercayai berada pada kedudukan kira-kira 15 hingga 20 meter dari tebing dan orang awam memaklumkan lelaki itu dipercayai hilang hampir tiga hari," katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
JBPM Negeri Kedah berkata, anggotanya kemudian melakukan pemeriksaan lanjut dan cuba menghubungi mangsa dari atas tebing, namun tidak menerima sebarang maklum balas.
Menurutnya, susulan itu, operasi menyelamat menggunakan sistem tali dan peralatan khas penyelamatan di kawasan curam dilaksanakan bagi membolehkan anggota turun ke dalam gaung.
"Usaha tersebut berjaya apabila mangsa ditemukan dalam keadaan selamat walaupun terperangkap selama beberapa hari di kawasan berisiko tinggi itu.
Tambahnya, mangsa juga menjelaskan, semua barangan peribadinya hilang semasa kejadian menyebabkan dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk mendapatkan bantuan.
Katanya, pasukan bomba kemudian memasang 'body harness' dan menggunakan sistem tali bagi membawa mangsa naik semula ke tebing dengan selamat.
"Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 9.37 malam sebelum menjalani pemeriksaan awal oleh pasukan penyelamat.
"Pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan stabil," katanya lagi.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan dokumentasi serta pengambilan keterangan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Petani bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Operasi yang turut mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.36 malam Selasa selepas kawasan kejadian disahkan selamat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.