12,359 individu jalani proses kuarantin wajib: Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri berbincang bersama pemberita selepas sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Seramai 12,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di 163 pusat kuarantin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 835 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dan turut dikuarantin wajib.

Iklan
Iklan

"Setakat semalam, sebanyak 163 pusat kuarantin beroperasi berbanding 156 pada hari sebelumnya di mana 12,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

"Saya ingin mengulangi bahawa pelaksanaan kuarantin wajib tetap dilaksanakan ke atas semua rakyat Malaysia yang masuk ke negara ini melalui pintu masuk antarabangsa darat, laut dan udara di seluruh negara," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pusat kuarantin telah disediakan di semua pintu masuk antarabangsa dan rakyat Malaysia dari luar negara akan disaring sebelum dikuarantin wajib.

"Sebagai contoh pintu masuk antarabangsa melalui jalan darat di Padang Besar, Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Begitu juga kemasukan melalui jalan laut seperti di Terminal Feri Stulang Laut, Johor dan Terminal Feri Sandakan di Sabah.

Iklan

"Pelaksanaan kuarantin wajib ini sama seperti yang dikenakan ke atas semua rakyat dan warga asing yang masuk ke negara ini melalui udara seperti melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching," katanya.