Polis sahkan tiada unsur buli kes pelajar 13 tahun jatuh bangunan

Iklan
Mohd Alwi berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku akibat kecuaian mangsa sendiri tanpa melibatkan sebarang unsur buli atau perbuatan jenayah.

IPOH - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di sini, 22 Jun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku akibat kecuaian mangsa sendiri tanpa melibatkan sebarang unsur buli atau perbuatan jenayah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipercayai naik seorang diri ke bahagian atas bangunan berhampiran tangki air sebelum terjatuh di aras tiga di bahagian tepi tangga.

“Setakat ini, tiada elemen jenayah dikenal pasti dalam kejadian tersebut dan siasatan mendapati ia berlaku akibat kecuaian mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Mohd Alwi berkata, seramai lima individu kalangan rakan mangsa dan guru sekolah telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai rujukan agensi (ROA) bagi tindakan lanjut pihak sekolah.

Iklan

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan keadaan mangsa kini dilaporkan stabil selepas sedarkan diri.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan satu berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di dalam kawasan sekolah.

Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima maklumat berhubung kejadian itu melalui talian MERS 999 pada jam 2.49 petang.