FDS terima peralatan perubatan RM124,000 dari AS

Iklan
James (kiri) melakukan gimik penyerahan sumbangan peralatan perubatan kepada Dr Muthu Chelvan.

IPOH - Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai RM124,000 bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada komuniti luar bandar di negara ini.

Sumbangan tersebut disalurkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur melalui program Overseas Humanitarian, Disaster and Civic Aid (OHDACA) di bawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan

Ketua Pasukan Civil Military Support Element (CMSE) Malaysia, Kapten James Adam berkata, bantuan itu merupakan yang pertama daripada tiga sumbangan yang dirancang tahun ini, dengan dua lagi akan disalurkan ke Sabah dan Sarawak menjelang akhir Julai.

James Adam

Iklan

Menurutnya, pemilihan FDS dibuat kerana perkhidmatan itu memainkan peranan penting dalam menyediakan akses rawatan kesihatan kepada masyarakat yang sukar mendapatkan kemudahan perubatan.

“Kami yakin peralatan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh FDS dalam menyokong perkhidmatan kesihatan kepada komuniti yang memerlukan, khususnya di kawasan pedalaman,” katanya ketika ditemui pemberita sempena majlis penyerahan peralatan tersebut di sini pada Selasa.

Iklan

Sumbangan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwakili Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dr MA Muthu Chelvan.

Hadir sama, Pakar perubatan CMSE Malaysia, Jon Anderson serta Pengurus Besar Kumpulan Layang-layang Group, Kapten Shahdon Poong.

Peralatan yang disumbangkan termasuk mesin ultrabunyi, kit perubatan, stesen janakuasa serta pelbagai peralatan diagnostik lain yang mampu meningkatkan keupayaan pasukan FDS memberikan rawatan secara lebih berkesan.

James berkata, sumbangan itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif sempena sambutan ulang tahun ke-250 kemerdekaan Amerika Syarikat.

"Walaupun nilai sumbangan ini sekitar AS$30,000, kami percaya manfaatnya akan berganda melalui rawatan kritikal yang dapat diberikan kepada pesakit,” katanya.