Sambung reman empat individu terlibat judi bola sepak ditolak

Iklan
Tiga suspek lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret George Town pada Selasa untuk permohonan reman.

GEORGE TOWN – Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menolak permohonan sambung reman terhadap empat individu termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kegiatan pertaruhan bola sepak.

Keputusan itu dibuat Majistret Nadratun Naim Mohd Said selepas polis mengemukakan permohonan reman terhadap kesemua suspek yang berusia antara 29 hingga 44 tahun.

Iklan
Iklan

Daripada empat individu terbabit, tiga merupakan lelaki warga asing.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di Kompleks Mahkamah George Town dalam keadaan bergari dan diiringi anggota polis.

Iklan

Empat individu termasuk seorang wanita yang ditahan dalam Ops Soga XI.

Mereka ditahan dalam serbuan yang dijalankan di sebuah unit kondominium di The Light Collection 1, Gelugor pada Jumaat lalu.

Iklan

Keempat-empat suspek merupakan sebahagian daripada 28 individu yang ditahan menerusi Op Soga XI, operasi khas membanteras kegiatan perjudian bola sepak sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.

Operasi yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang bermula pada 11 Jun dan berakhir 19 Julai itu melibatkan 21 serbuan.

Dalam operasi sama, polis turut berjaya melumpuhkan dua pusat panggilan (call centre) yang dipercayai mengendalikan kegiatan pertaruhan bola sepak.