Kediaman Balai Undang Luak Rembau pula diarah kosong serta-merta
Iklan
Surat arahan pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Rembau berkuasa kuasa serta-merta.
SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin memuncak apabila kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Rembau pula diarah dikosongkan berkuat kuasa serta-merta.
Surat arahan pengosongan tersebut yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, bertarikh 29 Jun mula tersebar pada Isnin.
Iklan
Iklan
Arahan terbabit dikeluarkan susulan Hassan Ab Hamid telah dizahirkan kejadian sebagai Dato' Sedia Raja Undang Luak Rembau ke-22, Sabtu lalu.
"Sehubungan dengan itu, pihak tuan diarahkan untuk melaksanakan pengosongan bangunan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Rembau berkuat kuasa serta merta," tulis dalam surat berkenaan.
Iklan
Surat yang ditandatangani oleh pegawai, Hafizatun Ramlan itu turut meminta pihak berkaitan untuk memastikan semua aset-aset kerajaan negeri yang didaftarkan di premis Balai Undang Luak Rembau berada dalam keadaan baik bagi tujuan pemeriksaan kelak.
Sementara itu peguam, Emirul Sarifudin Nor Azmi yang mewakili Abdul Rahim mengesahkan mengenai surat terbabit dan turut mendakwa bahawa beberapa kakitangan Balai Undang Luak Rembau turut dipindahkan serta ada yang ditamatkan kontrak.
Iklan
"Abdul Rahim masih sah sebagai Undang Luak Rembau kerana beliau tidak pernah dipecat atau diturunkan oleh Lembaga Luak Rembau selaku Punca Kuasa pelantikan dan pemecatan Undang.
"Malah tidak pernah ada apa-apa nasihat Dewan Keadilan dan Undang(DKU) berkenaan penurunan atau pemecatannya," katanya.
Menurutnya, keputusan DKU adalah keputusan berpelembagaan (Constitutional Order) tertinggi menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan sebarang tindakan lanjut oleh kerajaan negeri adalah bergantung kepada keputusan daripada DKU.
Ujarnya, DKU terdiri daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti dan Dato’ Shahbandar Sungei Ujong yang mana ia selaras dengan Perkara 17 UUTKNS 1959.
"Tiada keputusan mana-mana pihak secara unilateral boleh diambil sebagai muktamad oleh kerajaan negeri tanpa melalui keputusan muafakat oleh DKU terutama dalam hal pemecatan dan pelantikan Undang.
"Kerajaan negeri melalui Menteri Besar Negeri Sembilan perlu membawa persoalan kedudukan  Undang Luak Rembau kepada DKU sebelum boleh mengambil sebarang keputusan mewarta, mengosongkan premis serta menarik gelaran dan segala keistimewaan seorang Undang. Ia selaras dengan Perkara 16(2) dan 16(3) UUTKNS 1959," katanya.
Berikutan itu jelas beliau, sekiranya tindakan diambil tanpa nasihat daripada DKU, ia adalah bertentangan dengan UUTKNS dan Perkara 71 serta 181 Perlembagaan Persekutuan dan boleh juga terjumlah kepada kesalahan jenayah.
"Semenjak diabsahkan secara muafakat dan sebulat suara oleh DKU pada 4 Julai 2025 dan pemakluman rasmi mengenainya melalui surat rasmi DKU yg ditandatangani oleh Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin berkenaan pelantikan Abdul Rahim, tiada sebarang nasihat lain oleh DKU mengenai kedudukannya sehingga hari ini.
"Oleh yang demikian, kedudukan Abdul Rahim  masih sah dan berkuat kuasa kerana menurut perkara 16(3) UUTKNS 1959, nasihat DKU adalah muktamad dan tidak boleh dicabar serta dipersoalkan lagi atas apa jua alasan pun di mana-mana mahkamah," katanya.
Pada 30 April lalu, arahan sama dikeluarkan terhadap Datuk Mubarak Dohak supaya mengosongkan kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong.
Surat itu menyebut, keputusan berkenaan dibuat selaras dengan keputusan Sidang Khas Dewan DKU bertarikh 17 April lalu.
Kekosongan jawatan Undang Luak Rembau selepas penyandang Dato' Lela Maharaja, Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 15 Mei 2024.
Kemudiannya pada Ogos 2024, Abd Rahim Yasin dilaporkan dilantik sebagai Undang Luak Rembau ke-22.
Pada 30 April lalu, arahan sama dikeluarkan terhadap Datuk Mubarak Dohak supaya mengosongkan kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong.
Surat itu menyebut, keputusan berkenaan dibuat selaras dengan keputusan Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang(DKU) bertarikh 17 April lalu.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.