Cinta tiga segi jadi punca? Mondy Tattoo dipanggil polis kes bunuh

Iklan
Mondy ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh di Bekasi, Indonesia. Foto media sosial

BEKASI – Wanita Indonesia, Mondy Tattoo yang pernah dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan, Sabtu lalu, lapor Tribunnews.

Wanita berusia 25 tahun itu dilaporkan dibawa ke Balai Polis Cikarang Barat selepas dipercayai berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa bagaimanapun menegaskan bahawa Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda bukan suspek dalam kes berkenaan, sebaliknya hanya dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi.

Konflik cinta tiga segi dipercayai menjadi punca mangsa ditikam suspek. Foto media sosial

Iklan

Dalam kejadian awal pagi di Kampung Lanai, Desa Kalijaya, Cikarang Barat, mangsa yang dikenali sebagai Faisal Anwar, 29, meninggal dunia akibat ditikam suspek yang juga rakannya.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada konflik cinta tiga segi membabitkan mangsa, suspek dan Mondy.

Iklan

Difahamkan, Mondy menjalinkan hubungan dengan suspek sejak 2024.

Pada masa sama, mangsa turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengannya dan mereka dipercayai tinggal bersama di sebuah rumah sewa di Cikarang Barat.

Terdahulu, polis mengesahkan suspek utama kes berkenaan telah menyerah diri, Ahad lalu dan kini ditahan bagi membantu siasatan.

Polis sedang melengkapkan siasatan dengan mendapatkan keterangan saksi lain bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.