'Kalau tak berani dengan Maszlee, debat dengan saya pun ok juga' – Puad Zarkashi
Iklan
Mohd Puad
JOHOR BAHRU – Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa ​Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi enggan menyahut cabaran berdebat kerana takut berdepan dengan hujah lawan.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, alasan budaya berdebat bukan cara Johor tidak wajar dijadikan sebab untuk menolak cadangan tersebut kerana perdebatan boleh berlangsung secara beradab, berhemah dan berasaskan fakta.
Iklan
Iklan
"Saya yakin Onn Hafiz sebenarnya takut untuk berdebat dengan Dr Maszlee. Dia guna alasan, “Bertikam lidah, berdebat bukan cara Johor”. Siapa kata berdebat bukan cara Johor? Cara Johor ialah berdebat biar beradab, berhemah, tidak menengking dan tiada boo.
"Berdebat biar ada hujah dan rasional. Saya yakin Onn Hafiz banyak hujah. Sepatutnya Onn Hafiz setuju berdebat. Itu beri peluang pada rakyat buat penilaian.
Iklan
"Kalau takut, Onn Hafiz boleh hantar Dr Akmal Salleh sebagai wakil. Dia memang berani, cuma berani tidak bertempat," katanya dalam muat naik di laman Facebooknya pada Isnin.
Menurutnya, rakyat berhak melihat pertembungan idea serta hujah antara pemimpin bagi membolehkan mereka membuat penilaian sendiri.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Puad mendakwa, Onn Hafiz sebelum ini pernah meminta beliau, ketika menjadi Speaker DUN Johor supaya mengehadkan perbahasan berkaitan Enakmen ADUN Lantikan.
"Sebut pasal takut berdebat, Onn Hafiz pernah melarang saya sebagai Speaker membenarkan perbahasan Enakmen ADUN Lantikan kepada dua dari Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dan dua daripada pengimbang.
"Saya tanya kenapa takut? Bukankah ia akan lulus sebab kerajaan menguasai majoriti 2/3?," ujarnya.
Beliau berkata, permintaan itu dibuat kerana kerajaan didakwa bimbang pihak pembangkang menggunakan ruang perbahasan untuk mengkritik program Bantuan Kasih Johor (BKJ).
Selain itu, dakwanya, Onn Hafiz juga pernah meminta supaya tempoh sesi soalan lisan dan sesi perbahasan dipendekkan, namun beliau menolak cadangan berkenaan kerana menganggapnya tidak adil kepada wakil rakyat serta boleh menjejaskan martabat DUN.
"Ada kalanya dia minta saya pendekkan masa sesi soalan lisan atau sesi perbahasan. Saya kata tidak boleh. Tidak adil kepada YB yang menyediakan soalan. Ia juga merendahkan martabat DUN kerana nadi Dewan ialah soalan lisan daripada wakil rakyat.
"Kalau tidak berani dengan Dr Maszlee, berdebat dengan saya pun ok juga," katanya lagi.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.