Lelaki rentung dalam letupan kereta, cubaan bunuh bekas kekasih gagal

Iklan
Kenderaan meletup di daerah Tumakuru, Karnataka, India.

TUMAKURU - Seorang lelaki maut selepas sebuah kereta meletup dan terbakar di sebuah lebuh raya di daerah Tumakuru, Karnataka, India, dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada cubaan membunuh bekas pasangannya sebelum menamatkan riwayat sendiri.

Kejadian yang berlaku berhampiran Jogihalli itu mengorbankan Nagendra, 30, yang maut di lokasi selepas terperangkap di dalam keretayang terbakar.

Iklan
Iklan

Mangsa wanita yang bekerja sebagai juruteknik bilik pembedahan (OT) di Bengaluru bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kereta sebelum letupan berlaku.

Pemandu teksi, Praveen, turut cedera dan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Daerah Tumakuru untuk menerima rawatan.

Iklan

Menurut polis, Nagendra dan wanita berkenaan pernah menjalinkan hubungan, namun telah berpisah akibat masalah peribadi.

Wanita itu dilaporkan telah menyekat nombor telefon Nagendra sebelum kejadian.

Iklan

Siasatan awal mendapati Nagendra didakwa menemui wanita itu di kediaman sewanya di Jayanagar, Bengaluru sebelum memaksanya menaiki sebuah teksi Uber.

Susulan kehilangannya, keluarga mangsa membuat laporan penculikan di Balai Polis Jayanagar.

Polis percaya suspek membawa bahan letupan ketika dalam perjalanan menuju ke Ankola dan didakwa mengugut untuk membunuh mangsa sebelum menamatkan nyawanya sendiri.

Ketika kenderaan melalui kawasan Jogihalli, Nagendra didakwa menyerang wanita itu menggunakan pisau.

Pemandu teksi kemudian memberhentikan kereta, membolehkan mangsa membuka pintu dan melompat keluar untuk menyelamatkan diri.

Beberapa saat kemudian, satu letupan kuat berlaku, menyebabkan kereta terbabit terbakar.

Nagendra gagal menyelamatkan diri dan ditemukan rentung di dalam kereta.

Letupan itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih satu kilometer di Lebuhraya Nasional 48.

Ketua Polis Daerah Tumakuru, Ashok K V berkata, siasatan awal menunjukkan Nagendra dipercayai sengaja mencetuskan letupan menggunakan bahan letupan yang dibawanya.

“Polis turut menemui bahan menyerupai bom di dalam kereta dan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti jenis bahan letupan, cara ia diletupkan serta sumber perolehannya,” katanya.