Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri - MetMalaysia

Iklan
Perlis antara enam negeri yang terkesan dengan amaran cuaca berkenaan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga jam 3 pagi ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu), Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang).

Iklan
Iklan

Keadaan sama turut diramalkan di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Marang dan Dungun manakala di Pahang cuaca itu dijangka melanda Jerantut, Temerloh dan Kuantan. - Bernama 

 

Iklan

 

 

Iklan