Dakwaan Unit Hemodialisis Hospital Bentong ditutup tidak benar - JKNP

Iklan
JKNP komited memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung penutupan Unit Hemodialisis Hospital Bentong.

Dalam kenyataan pada Ahad, JKNP memaklumkan unit berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan perkhidmatan rawatan kepada pesakit berjalan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan.

Iklan
Iklan

JKNP berkata, pihaknya memahami kebimbangan masyarakat, khususnya pesakit serta waris yang bergantung kepada perkhidmatan rawatan hemodialisis.

"Untuk makluman, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan merupakan maklumat yang tidak disahkan,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Sehubungan itu, JKNP menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat tidak sahih, sebaliknya sentiasa merujuk kepada saluran komunikasi rasmi Hospital Bentong, JKNP atau Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Menurut kenyataan itu, JKNP komited memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi dari semasa ke semasa. - Bernama

Iklan