RM5.5 juta untuk Ambulans Laut Langkawi - MOF
Iklan
Amir Hamzah
LANGKAWI - Kementerian Kewangan (MOF) menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi melaksanakan pembelian dan kos operasi awal Ambulans Laut Langkawi yang dijangka bermula awal tahun depan.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia bertujuan memperkukuh akses kepada perkhidmatan kesihatan kecemasan yang lebih pantas dan efisien, terutamanya bagi komuniti dan pelancong di Pulau Langkawi.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata, operasi ambulans laut itu akan dikendalikan Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini dengan fokus perkhidmatan ialah urusan pemindahan pesakit dari hospital itu ke tanah besar.
"Pada masa ini, pemindahan pesakit dari Langkawi ke hospital rujukan di tanah besar masih bergantung kepada perkhidmatan feri penumpang.
Iklan
"Keadaan ini semakin mencabar apabila kekerapan perkhidmatan feri dikurangkan, sekali gus mengehadkan pilihan perjalanan terutama dalam situasi kecemasan yang memerlukan pemindahan segera,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Terdahulu, Amir Hamzah hadir majlis penyerahan peralatan kesihatan berjumlah RM700,000 oleh MOF kepada HSM.
Iklan
Beliau berkata, perkhidmatan ambulans laut itu juga menjamin kesihatan dan keselamatan pesakit yang dipindahkan serta memastikan kerahsiaan mereka.
"Saya difahamkan ambulans laut ini boleh memuatkan dua pengusung dan 12 petugas yang akan memastikan pesakit dalam keadaan lebih selesa dan selamat semasa dipindahkan,” katanya.
Berhubung sumbangan peralatan kesihatan itu, Amir Hamzah berkata ia bertujuan memperkukuh kapasiti HSM dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan lebih cekap, moden dan berkualiti kepada penduduk Langkawi serta jutaan pelancong yang berkunjung ke pulau itu setiap tahun.
Beliau berkata, antara peralatan itu termasuk berkaitan kesihatan, teknologi maklumat (IT), perabot, kenderaan dan sistem keselamatan.
"Kita menyambut inisiatif kerajaan yang baharu termasuk pendigitalan iaitu Rekod Perubatan Elektronik (EMR) akan menjadi satu teras baharu untuk Kementerian Kesihatan (KKM).
"Di sini kita menyediakan computer on wheels dan apabila jururawat atau doktor melawat pesakit, mereka boleh memasukkan data secara terus kepada sistem dan menghubungkan wad hospital ini dengan hospital lain.
"Ini mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada pesakit. Rekod perubatan itu secara maya akan terus ada dalam sistem untuk rujukan semua yang memberi perkhidmatan kepada pesakit,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>