KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi enam negeri, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan sehingga jam 3 petang hari ini.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia berkata kawasan terlibat di Semenanjung Malaysia ialah Kuala Muda di Kedah; daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang; Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; serta seluruh Melaka.
Di Sarawak, amaran itu meliputi Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.
Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan di bahagian Sandakan, serta Pitas dan Kudat di bahagian Kudat. - Bernama
Iklan
Iklan