Lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam kebakaran kilang

Iklan
Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran melibatkan kilang kitar semula di Batu 2 Kampung Durian, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam kebakaran melibatkan kilang kitar semula di Batu 2 Kampung Durian di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, lelaki warga asing dikenali sebagai Muhammad Alpian Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.09 petang.

Katanya, seramai 21 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Lahad Datu.

Iklan

"Terdapat seorang mangsa dilaporkan mengalami renjatan elektrik dalam kejadian itu dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, kebakaran terkawal pada jam 7.38 malam dan operasi memadamkan bara api serta kerja overhaul masih giat dijalankan oleh pasukan bomba.

"Ini bagi memastikan tiada punca nyalaan semula dan memastikan keadaan benar-benar selamat. Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.