GENEVA – Glasier di Switzerland dijangka kehilangan jumlah ais yang besar susulan gelombang haba melampau yang sedang melanda Eropah, menurut pakar pemantauan glasier negara itu.
Ketua Rangkaian Pemantauan Glasier Switzerland (GLAMOS), Matthias Huss berkata, lapisan salji dan ais yang terkumpul pada musim sejuk lalu dijangka mencair sepenuhnya menjelang Isnin, sekali gus mencatatkan antara tarikh paling awal dalam rekod fenomena dikenali sebagai 'hari kehilangan glasier'.