Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 7 malam ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri terlibat ialah Kelantan yang dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, serta Terenganu (Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Iklan
Iklan

Keadaan sama diramalkan berlaku di Sarawak meliputi kawasan Kuching, Serian (Serian), Samarahan dan Betong.

Sementara itu, di Sabah cuaca buruk itu dijangka melanda Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).- Bernama

Iklan
Iklan