Markas ajaran Syiah diserbu

Iklan
Antara individu yang berada di sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana yang dipercayai menjadi markas dan mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah diserbu pada Khamis

PETALING JAYA – Sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana di sini yang dipercayai menjadi markas dan mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah diserbu pada Khamis.

Operasi bersepadu itu diketuai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Iklan
Iklan

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, serbuan dijalankan pada jam 9.34 malam hasil maklumat awam yang diterima.

Menurutnya, hasil tindakan mendapati seramai 226 individu berada di dalam premis tersebut, terdiri daripada 147 lelaki, 51 wanita dan 28 kanak-kanak.

Iklan

Antara individu yang diperiksa pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya pada Khamis.

"Mereka terdiri daripada warga Pakistan, India dan Bangladesh.

Iklan

"Susulan pemeriksaan itu, MBSJ telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan di bawah Subseksyen 72(1)(a) dan (c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] berhubung beberapa ketidakpatuhan berkaitan pembinaan dan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, pemilik premis turut diberikan tempoh 14 hari untuk mematuhi kehendak notis yang dikeluarkan.

Keadaan di dalam sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana yang dipercayai menjadi markas dan mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah

Beliau berkata, tindakan itu merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, melibatkan siasatan di bawah Seksyen 12(c) berkaitan menghina pihak berkuasa agama, Seksyen 13 berkaitan penyebaran pendapat yang bertentangan dengan fatwa serta Seksyen 16 berkaitan penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak susulan aduan yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah.

Sehubungan itu, JAIS menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan ajaran Syiah supaya menyalurkannya kepada Hotline JAIS di talian 1800-88-2424 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

"JAIS turut menasihatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan ajaran Syiah," ujarnya.