100 hari pentadbiran Anutin

Iklan
Prestasi pentadbiran Anutin Charnvirakul menerima penilaian bercampur daripada penganalisis.

BANGKOK – Seratus hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 pada 20 Mac lalu susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU), prestasi pentadbiran Anutin Charnvirakul menerima penilaian bercampur daripada penganalisis.

Mereka berpendapat, Anutin berjaya mengekalkan kestabilan politik dan mengurus krisis tenaga yang tercetus akibat konflik di Asia Barat.

Iklan
Iklan

Namun kerajaannya masih belum menangani masalah asas ekonomi negara seperti pertumbuhan yang perlahan, hutang isi rumah yang tinggi serta populasi yang semakin menua.

Calon Doktor Falsafah (PhD) Sains Politik di Universiti Michigan, Mathis Lohatepanont berpandangan, kerajaan Anutin berjaya mengawal keadaan.

Iklan
Iklan

Pada 27 Jun ini, Anutin yang berusia 59 tahun genap 100 hari memegang jawatan selepas memperoleh mandat baharu menerusi PRU Februari 2026.-Agensi