Bolehkah lelaki ziarah wanita sakit di hospital?

Iklan
LELAKI harus untuk menziarahi wanita bukan mahram di hospital namun perlu dielakkan jika bimbang ia jadi fitnah. Foto Canva

Soalan

Kawan saya merupakan seorang wanita bujang dan sedang menerima rawatan di hospital. Bolehkah saya menziarahinya?

Iklan
Iklan

Jawapan

Hukum menziarahi wanita bukan mahram yang sedang sakit di hospital pada asasnya ialah harus, tetapi ia tertakluk kepada beberapa syarat, adab dan batas syarak.

Iklan

Dalam Islam, menziarahi orang sakit merupakan amalan yang sangat dituntut Rasulullah SAW dan ia merupakan hak sesama Muslim.

Elakkan juga untuk menziarahi pesakit wanita itu secara sendirian yang boleh menyebabkan khalwat. Bagaimanapun sekiranya dibimbangi menimbulkan fitnah atau syak, ia wajar dielakkan sama sekali.

Iklan