'Kawan atau seteru, Wawasan tunggu respons Bersatu' - Hamzah

Iklan
Hamzah pada sidang media di pejabatnya di sini pada Khamis.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Wawasan Negara (Wawasan) menegaskan hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) bergantung kepada penerimaan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin itu terhadap kemasukan mereka.

Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sedang meneliti pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Bersatu bagi menentukan sama ada mereka melihat Wawasan sebagai rakan politik atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

“Saya sedang melihat segala apa yang mereka keluarkan (sama ada) mereka nak ambil kira saya sebagai seteru atau mereka nak ambil kira parti ini sebagai kawan mereka dalam PN.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membantah keputusan Perikatan Nasional (PN) menerima Parti Wawasan Negara sebagai anggota gabungan.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemampuan Wawasan untuk bekerjasama dengan Bersatu susulan hubungan yang dilihat tegang selepas penyertaan parti itu dalam PN.

Terdahulu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilapor berkata, Bersatu membantah keputusan PN menerima Wawasan sebagai anggota gabungan.

Iklan

Beliau menjelaskan bantahan tersebut dibuat kerana PN masih dibelenggu dengan isu dalaman yang belum selesai.

Beliau merujuk kepada ketegangan yang memuncak selepas Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu pada 8 Jun lalu.

“Dalam keadaan masalah ini belum selesai, penerimaan parti baharu yang dipimpin oleh bekas ahli-ahli Bersatu yang telah dipecat akan menambah masalah dalaman PN,” kata Ahmad Faizal.

Bagaimanapun, Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu menegaskan Wawasan bukan sekadar penjenamaan semula sebuah parti lama, sebaliknya hadir dengan agenda baharu untuk menawarkan pendekatan politik yang lebih segar kepada rakyat.

“Sebab kami mempunyai satu gerakan yang kita namakan Reset. Ia suatu gerakan yang mempunyai agenda untuk rakyat, untuk memastikan masa depan negara ini adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk mengubah segala.

“Yang baik akan diteruskan dan diberikan tambah baik dan untuk yang tak baik akan kita resetkan untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Inilah yang kita mahu lakukan,” ujarnya.