Pembatalan lesen NSM: Norway diminta jadi orang tengah selesai tuntutan

Iklan
Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengambil langkah awal termasuk menghantar notis bagi menyelesaikan isu penarikan kembali dan pembatalan lesen eksport peluru berpandu anti kapal (NSM) oleh Norway untuk projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, notis dan surat rasmi telah dihantar kepada pihak berkaitan bagi memaklumkan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

"Sebab itu dari awal lagi kita telah menghantar notis dan sebagainya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 di sini pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menzahirkan kegusaran serius terhadap tindakan Norway itu memandangkan kerajaan sudah menjelaskan bayaran mencecah 95 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan memberikan komitmen sepenuhnya dalam memantau garis masa penyerahan LCS supaya LCS dapat disiapkan dengan sistem pertahanan yang lengkap dengan fungsi tempur sempurna.

Iklan

Katanya, kerajaan juga diminta memanfaatkan sepenuhnya ruang rundingan damai atau prosiding perundangan bagi menuntut ganti rugi setimpal mengikut terma-terma kontrak yang sudah dipersetujui.

Kerajaan Norway sebelum ini dilapor membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM kepada Malaysia serta sistem pelancar berkaitan atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.

NSM adalah peluru berpandu antikapal berkeupayaan melaksanakan serangan maritim jarak jauh pada kelajuan subsonik tinggi dengan capaian melebihi 300 kilometer.

Menurut laman sesawang Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), perolehan NSM dimeterai antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan KDA pada April 2018, dengan nilai kontrak 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam LCS baharu TLDM.