Warga asing guna Mykad miliki kenderaan - JPJ

Iklan
Hamidi (dua kanan) menyoal Pemandu warga warga asing yang ditahan dalam Ops PeWA di sini pada Khamis.

AMPANG - Tindakan segelintir warga tempatan meminjamkan MyKad bagi membolehkan warga asing mendaftarkan dan memiliki kenderaan dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes pemandu warga asing (PeWA) di ibu negara.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, hasil siasatan mendapati kebanyakan warga asing menggunakan kad pengenalan rakyat tempatan untuk mendaftarkan kenderaan, walaupun bayaran pembelian dan ansuran bulanan ditanggung oleh mereka.

Iklan
Iklan

“Daripada temu bual yang dijalankan, kebanyakan warga asing mendakwa menggunakan kad pengenalan berkenaan untuk mendaftarkan kenderaan sebagai milik warga tempatan, tetapi sebenarnya mereka yang membeli dan membayar ansuran bulanan.

“Ada juga yang menggunakan dokumen warga asing yang mempunyai pasport untuk tujuan pendaftaran.

Iklan

"Jika warga asing memandu tanpa lesen serta menggunakan kenderaan yang tidak mempunyai perlindungan insurans atau cukai jalan, mangsa kemalangan berisiko tidak mendapat perlindungan insurans sekali gus menanggung kerugian sendiri," katanya Salam sidang akhbar Operasi Pemandu Warga Asing (PeWA) Bilangan 3/2026 di Taman Rekreasi Kampung Tasik Tambahan di sini pada Khamis.

Mengulas trend penguatkuasaan, Hamidi berkata sepanjang 2024, sebanyak 4,576 kenderaan diperiksa dengan 1,220 tindakan diambil, manakala pada 2025 jumlah tindakan menurun kepada 688 kes.

Iklan

“Namun bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sahaja, sebanyak 2,080 tindakan telah diambil dan angka itu dijangka terus meningkat sekiranya operasi berterusan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata mana-mana warga asing yang tidak memiliki lesen memandu atau lesen vokasional akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26(1) dan Seksyen 57 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Manakala kesalahan ubah suai teknikal diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1) akta sama.

"Bagi kesalahan tiada perlindungan insurans pula, tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.