Wanita dua kali ganda berisiko murung berbanding lelaki

Iklan
Dr Nora (kanan) menjadi panel forum Wanita Berjiwa Kental pada program Women Summit & Women #QuranHour 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

SHAH ALAM– Golongan wanita mempunyai risiko kemurungan kira-kira dua kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki.

Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Nora Mat Zin berkata, ini kerana golongan itu banyak terdedah kepada pengalaman trauma dan dera yang berkait masalah semasa kelahiran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun mereka lebih senang mendapatkan rawatan berbanding lelaki yang banyak memendam dan menggunakan cara seperti merokok untuk mengatasi masalah

"Dalam masa sama, mereka yang mempunyai trauma mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kemurungan.

Iklan

"Tekanan merupakan perkara biasa bagi setiap individu namun perlu diurus dengan baik agar tidak memudaratkan. Ramai yang mengalami stres tetapi masih mampu bangkit semula dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tetamu yang hadir pada program Women Summit & Women #QuranHour 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Iklan

"Namun, apabila keadaan itu mula mengganggu fungsi harian, pekerjaan atau hubungan sosial, individu berkenaan perlu segera mendapatkan bantuan profesional,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program Women Summit & Women #QuranHour 2026 di sini, hari ini.

Program yang bertemakan ' Women of grit' itu merupakan inisiatif Saff Women Empowerment yang dilancarkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) sempena World #QuranConvention Surah Al-Saff pada Disember 2025.

Ia diinspirasikan daripada ketabahan wanita Palestin, khususnya di Gaza yang terus mempertahankan iman, keluarga dan pendidikan walaupun berdepan peperangan, kehilangan ahli keluarga, kemusnahan tempat tinggal dan cabaran kehidupan.

Mengulas mengenai ketabahan wanita Palestin, Dr Nora berpendapat, kekuatan mereka banyak dipengaruhi oleh pegangan agama, keyakinan serta semangat untuk mempertahankan keluarga dan tanah air.

“Walaupun berhadapan kehilangan ahli keluarga, kemusnahan rumah dan ancaman berterusan, mereka masih mampu meneruskan kehidupan serta mendidik generasi seterusnya.

"Ketahanan seperti ini menunjukkan kekuatan dalaman yang luar biasa dan boleh memberi inspirasi kepada wanita di Malaysia,” katanya.