Pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000 buat komen jelik terhadap Agong
Iklan
Tertuduh mengaku bersalah memuat naik komen jelik terhadap Agong menerusi akaun Facebook miliknya. Foto hiasan
KUCHING - Seorang pengawal keselamatan dipenjara lapan bulan dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya.
Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman itu terhadap Raden Mohamad Norhakim Raden Ibrahim, 46, dan memerintahkannya dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat komunikasi bersifat jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menerusi satu hantaran di Facebook pada 12 Februari tahun lepas.
Hantaran itu kemudian dilihat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tower 1, Cyberjaya, Selangor pada jam 8.44 malam tarikh yang sama.
Iklan
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-dua sekali.
Hakim berkata, kesalahan dilakukan tertuduh boleh mengundang pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi hantaran tersebut dibuat di ruangan komen sebuah akhbar terkemuka dan melibatkan Seri Paduka Baginda.
Iklan
"Kepentingan awam merupakan pertimbangan utama mahkamah dalam kes ini. Kamu perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada guna memohon maaf kepada saya, kerosakan telah pun berlaku,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>