‘Terima kasih tolong masa berperang nyawa keluarkan Jarir’ - Amira Othman doakan Fattah Amin ganjaran syurga

Iklan
Amira selamat bersalin pada 6.20 petang Selasa di sebuah hospital di ibu negara.

DETIK melahirkan cahaya mata sulung sememangnya satu fasa yang penuh dengan keajaiban dan perjuangan seorang wanita.

Bagi penyanyi terkenal, Amira Othman, pengalaman melahirkan anak pertama, Muhammad Jarir Umar menyaksikan pengorbanan suami tercinta, Fattah Amin.

Iklan
Iklan

Di sebalik keperitan menempuh fasa sarat mengandung sehinggalah bersalin, Amira menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas keberadaan Fattah yang sentiasa setia di sisi.

Menerusi perkongsian terbaharu di Insta Story miliknya, Amira secara terbuka meluahkan rasa terima kasih yang mendalam kepada Fattah atas segala pengorbanan, bantuan dan sokongan sepanjang perjalanan mereka menanti zuriat tersebut.

Iklan

"Moga ALLAH ganjarkan syurga untuk suami saya," titip Amira.

Sebelum Amira bersalin, Fattah dilaporkan sanggup memperlahankan seketika kerjaya seninya demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isteri tercinta.

Iklan

Memasuki fasa akhir kehamilan, Fattah mengambil keputusan untuk menolak sebarang tawaran kerja di luar kawasan atau komitmen yang memerlukan tempoh masa yang lama.

Amira selamat bersalin pada 6.20 petang Selasa di sebuah hospital di ibu negara.

Untuk rekod, pasangan popular ini diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor. - SinarPlus