Amir Raja Lawak masih dirawat di ICU

Iklan
Amir Raja Lawak masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

KOTA BHARU - Pelawak Mohammad Amirullah Azmi, 37, atau lebih dikenali dengan nama 'Amir Raja Lawak' masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali berkata, bagaimanapun Amir kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Iklan
Iklan

"Menurut ibu Amir pada tengah hari tadi, dia berselera makan.

"Malah kesihatannya lebih baik berbanding semalam (Rabu) dan turut ditemani ibu serta isterinya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan

Terdahulu pada Rabu, Amir Raja Lawak dilaporkan mempunyai penyakit asma sejak kecil dan keadaan cuaca sejuk memburukkan lagi keadaan kesihatannya, kebetulan pula dia sudah beberapa hari demam.

Amir dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.

Iklan