Kerja pembinaan NPE 2 bermula: Keselamatan pengguna jadi keutamaan

Iklan
Lay Hoon (kiri) melihat lakaran pelan lokasi berkaitan Projek Sambungan NPE 2 di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang menelan belanja RM1.7 bilion direka bentuk dengan mengambil kira pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa palang (MLFF).

Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM Corporation Berhad (IJM), Chua Lay Hoon berkata, reka bentuk plaza tol bagi projek itu sememangnya disediakan bagi menyokong pelaksanaan sistem itu pada masa depan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, lebuh raya itu masih boleh menggunakan sistem tol sedia ada sekiranya pelaksanaan teknologi itu belum dimuktamadkan menjelang projek siap pada 2029.

"Reka bentuk projek memang telah mengambil kira pelaksanaan MLFF, namun ia bergantung kepada keputusan kerajaan pada masa akan datang.

Iklan

"Jika MLFF belum dilaksanakan apabila projek ini siap kelak, kami masih mempunyai masa untuk membuat keputusan berkaitan perolehan peralatan sistem kutipan tol yang akan digunakan," katanya pada sesi taklimat media Projek Sambungan NPE 2 di IJM Land Centre of Excellence I.C.E. Gallery @ Pantai Sentral Park di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Lay Hoon berkata, reka bentuk plaza tol NPE 2 tidak melibatkan pembinaan 'island' seperti plaza tol konvensional, sekali gus membolehkan perubahan kepada sistem lain dilakukan dengan lebih mudah.

Iklan

Katanya, sekiranya MLFF tidak dilaksanakan menjelang pembukaan lebuh raya itu, sistem kutipan tol boleh ditukar kepada kaedah sedia ada seperti RFID atau Touch 'n Go tanpa memerlukan pengubahsuaian besar terhadap infrastruktur.

"Perubahan yang diperlukan hanya membabitkan pemasangan peralatan kutipan tol dan susun atur lorong. Tiada keperluan untuk melakukan reka bentuk semula secara menyeluruh," jelas beliau.

Fasa pembinaan projek itu kini memasuki fasa pembinaan dijadualkan siap pada Oktober 2029 dan bakal menjadi laluan alternatif menghubungkan Plaza Tol Pantai Dalam ke Persimpangan Jalan Istana melalui Jalan Syed Putra.

Apabila projek itu siap kelak, ia mampu mengalihkan kira-kira 40 peratus trafik menggunakan Jalan Bangsar sekali gus mengurangkan kesesakan di koridor utama selatan ibu negara.

Projek infrastruktur strategik sepanjang 6.4 kilometer (km) dengan keseluruhan jajaran termasuk susur masuk dan keluar sejauh 15.9 kilometer itu dijangka mengurangkan masa perjalanan pengguna jalan raya sehingga 25 minit pada waktu puncak apabila siap kelak.