'Selamat datang Muhammad Jarir Umar' - Amira Othman, Fattah Amin timang cahaya mata pertama

Iklan
Amira Othman dan Fattah Amin selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 6.20 petang Selasa.

PASANGAN selebriti popular, Amira Othman dan Fattah Amin selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 6.20 petang Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan Fattah menerusi laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

"Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam," titipnya.

Fattah menitipkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan.

Iklan

Dalam hantaran sama, Fattah menitipkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan.

Amira mengumumkan dirinya sedang hamil pada usia kandungan tujuh bulan April lalu.

Iklan

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Fattah terdahulu memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya hasil perkahwinannya dengan usahawan Nur Fazura. - SinarPlus