Agih kerusi saat akhir cetus persoalan kesiapsiagaan
Iklan
Menurut Awang Azman, sekiranya masih terdapat banyak kerusi yang dipertikaikan, ini menunjukkan PN belum mencapai tahap kesiapsiagaan organisasi yang sepatutnya. Foto hiasan janaan AI
SHAH ALAM - Perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung tiga hari sebelum penamaan calon PRN Johor memberi gambaran bahawa parti itu sedang bekerja dalam keadaan yang sangat terdesak dan mempunyai ruang masa terlalu sempit.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, bagaimanapun wujud kemungkinan terdapat rundingan awal di peringkat negeri dan hanya menunggu pengesahan akhir.
Iklan
Iklan
Menurutnya, jika sebahagian besar kerusi sebenarnya telah dipersetujui, kelewatan tersebut masih boleh dikawal.
Sementara itu, Felo Penyelidik Bersekutu, Institut Analisis Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Muhammad Afifi Abdul Razak berpendapat, proses rundingan kerusi PN adalah petanda positif, bukan kelemahan.
Iklan
Jelasnya, ia menunjukkan PN menjalankan proses yang inklusif dan demokrasi yang mana setiap komponen parti mendapat ruang untuk menyatakan aspirasi.
"Proses internal pemilihan calon telah berjalan secara bersamaan dengan rundingan pemimpin, bukan secara berjujukan.
Iklan
"Oleh itu, apabila pembahagian kerusi diumumkan, proses seterusnya akan bergerak dengan cepat dan lancar. Kesiapan PN untuk PRN adalah tinggi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>