Selamatkan 21 nyawa, pemandu lori terima anugerah khas
Iklan
Tangkap layar video tular sebuah lori emenahan sebuah bas ekspres daripada terbabas dalam kejadian berhampiran Terowong Menora pada 15 Jun lalu.
KUALA LUMPUR - Keberanian seorang pemandu lori mempertaruhkan keselamatan diri dengan menggunakan kenderannya bagi menahan sebuah bas ekspres daripada terbabas, mendapat pengiktirafan apabila menerima Sijil Penghargaan Khas serta wang sagu hati berjumlah RM10,000 daripada kerajaan pada Selasa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penghargaan menerusi dana Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) itu diberikan kepada Wong Tuck Ming, 40, atas tindakan pantas beliau menyelamatkan nyawa 21 penumpang bas dalam kejadian berhampiran Terowong Menora, Perak pada 15 Jun lepas.
Iklan
Iklan
"Oleh kerana kepantasan seorang pemandu, seorang wira yang mengambil tindakan walaupun mungkin membahayakan dirinya sendiri, tindakan itu telah berjaya mengelakkan satu kemalangan tragis dan menyelamatkan ramai nyawa manusia,” katanya pada majlis penghargaan khas di bangunan Parlimen pada Selasa.
Mengulas mengenai kronologi kejadian, Anthony berkata, bas dalam perjalanan dari Kedah menuju ibu negara itu mengalami masalah teknikal dan hilang kawalan sepenuhnya ketika menuruni bukit berhampiran terowong terbabit.
Iklan
Anthony berkata, Tuck Ming telah bertindak tenang dengan membiarkan bas berkenaan"berpaut” pada kenderaannya bagi memperlahankan impak momentum selepas bas terbabit merempuh bahagian belakang lorinya.
"Bukan sahaja dapat memperlahankan, malah berjaya memberhentikan bas itu tanpa terbabas menggunakan lorinya dengan merapatkan kenderaan ke arah rel penghadang ketika menuruni bukit,” katanya.
Iklan
Bagi Tuck Ming pula, tindakan spontannya itu dilakukan semata-mata demi memastikan rantaian kenderaan lain di hadapan mereka sempat menyelamatkan diri selain mengelak sebarang kehilangan nyawa.
"Saya hanya terfikir situasi macam itu, seboleh-bolehnya jangan berlaku kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian. Jarak bas agak jauh sedikit jadi sempat untuk saya tekan hon bagi memberi masa kepada kereta-kereta di depan menyelamatkan diri,” katanya.
Terdahulu, Dewan Rakyat menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuck Ming atas keberaniannya.
Penghargaan itu disampaikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor selepas Anthony membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.
Anthony pada pembentangan itu turut memuji Tuck Ming dan menyifatkan beliau sebagai"wira negara” selepas tindakan pantasnya itu berjaya mengelakkan tragedi buruk, sekali gus membuktikan masih ramai individu yang sanggup bertindak membantu orang lain demi keselamatan awam walaupun tidak mendapat perhatian meluas.
Sebelum ini, video cemas memaparkan tindakan berani pemandu lori itu tular menerusi media sosial dan mendapat pujian daripada warga maya. - Bernama
TAG: Anthony Loke, lori, wira, kemalangan, anugerah, Terowong Menora
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.