Koroner kecewa tiada saksi hari ini, inkues Zara Qairina hanya sehingga Oktober

Iklan
Wujud salah faham berkaitan saksi yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding berkenaan sehingga menyebabkan tiada saksi hadir di Mahkamah Koroner.

KOTA KINABALU - Koroner Amir Shah Amir Hassan meluahkan rasa kecewanya apabila prosiding inkues yang sepatutnya berlangsung hari ini dengan mendengar keterangan kakak tiri Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak seperti yang dijadualkan.

Difahamkan wujud salah faham berkaitan saksi yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding berkenaan sehingga menyebabkan tiada saksi hadir di Mahkamah Koroner.

Iklan
Iklan

Peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Shahlan Jufri berkata, pihaknya memahami bahawa prosiding hari itu akan diteruskan dengan keterangan kakak tiri Allahyarham.

Menurutnya, atas sebab itu saksi-saksi pakar yang akan dipanggil oleh pihaknya hanya bersedia untuk hadir bermula keesokan hari.

Iklan

"Pemahaman kami ialah hari ini akan diteruskan dengan saksi kakak tiri Zara. Sebab itulah saksi-saksi kami, iaitu saksi pakar, hanya boleh hadir bermula Selasa hingga Jumaat," katanya semasa prosiding berlangsung di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, pegawai pengendali prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, memaklumkan pihaknya sebelum ini telah menerima arahan untuk memanggil saksi kakak tiri berkenaan, namun masih menunggu keputusan mahkamah sama ada saksi itu perlu dipanggil atau sebaliknya.

Iklan

Koroner kemudian menjelaskan beliau sebelum ini telah menyatakan bahawa tiada keperluan untuk memanggil saksi kakak tiri tersebut buat masa ini.

"Sebenarnya saya sangat kecewa kerana hari ini tiada saksi hadir walaupun persediaan telah dibuat. Perlu diingat bahawa sebelum kita menetapkan tarikh hari ini, saya telah memikirkan perkembangan inkues ini.

"Dengan mengambil kira bahawa Julai nanti merupakan ulang tahun pertama kematian Zara dan September pula genap setahun sejak kita memulakan inkues ini pada 3 September tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, setakat ini prosiding telah berlangsung selama 73 hari dan sepatutnya diteruskan dengan saksi ke-74.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan mahkamah hanya akan menetapkan tarikh prosiding sehingga Oktober bagi memastikan inkues berkenaan dapat diselesaikan tanpa terus berlarutan.

"Perancangan saya sekarang ialah memberikan tarikh sehingga Oktober. Sama ada kita dapat menghabiskan semua saksi atau tidak, setakat itulah.

"Saya rasa itu yang terbaik yang boleh saya lakukan. Jika tidak, saya fikir perkara ini akan terus berlarutan," katanya.

Mahkamah ditangguhkan sebentar untuk perbincangan antara pihak-pihak berkepentingan untuk menentukan tarikh prosiding sseterusnya.