PH umum calon PRN Johor di Bukit Gambir esok - PM

Iklan
Anwar akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, esok. Foto Facebook Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, esok.

Menerusi hantaran dalam media sosialnya pada Ahad, Anwar berkata, beliau akan bersama pimpinan PH bagi mengumumkan calon-calon yang akan menggalas amanah rakyat pada pilihan raya negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.

Beliau turut mengajak orang ramai hadir ke majlis berkenaan, yang disifatkannya sebagai langkah awal menuju kemenangan.

Iklan

Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke-16 itu dijadual berlangsung pada 8 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Tangkak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor, dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 7 Julai. - Bernama

Iklan