ISTANBUL - Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran mengumumkan pada Sabtu bahawa Selat Hormuz"akan ditutup" ekoran tindakan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melanggar komitmen, selain pelanggaran gencatan senjata yang berterusan oleh Israel di selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik saluran penyiaran tempatan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi Press TV, ibu pejabat itu memaklumkan bahawa keputusan berkenaan dibuat susulan tindakan AS yang"jelas memungkiri janji dan melanggar komitmennya" melalui kegagalan melaksanakan Fasal 1 Memorandum Persefahaman yang ditandatangani minggu lepas bagi menamatkan perang.