KOTA BHARU – Parti Bersama Malaysia (Bersama) dijangka mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Johor Bahru pada Jumaat ini.
Pemimpin parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, proses tapisan calon selesai dilaksanakan dan beliau yakin individu yang dipilih mempunyai kualiti serta keupayaan yang mampu memberi saingan kepada parti-parti lain.
Iklan
Iklan
Menurutnya, permohonan untuk menjadi calon PRN Johor dan Negeri Sembilan baru dibuka kira-kira seminggu lalu, namun sambutan diterima amat menggalakkan apabila lebih 300 individu tampil mengemukakan permohonan.
“Setiap pemohon perlu mengisi borang dan menjalani proses temuduga yang ketat.
“Mereka juga diajukan pelbagai soalan secara rawak berdasarkan latar belakang peribadi serta pengalaman masing-masing,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Kancil di Pantai Cahaya Bulan di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari pengundian bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun dan pengundian awal pada 7 Julai.