MELAKA TENGAH - Badan bukan kerajaan (NGO) Pembela Klebang Besar dengan kerjasama kerajaan Melaka mewujudkan pusat sehenti jualan hasil pertanian di Pulau Gadong, Klebang di sini yang menjual hasil pertanian dengan harga murah.
Pengerusi Pembela Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hassan berkata, inisiatif itu bagi membantu golongan terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membeli makanan berkhasiat dan segar dengan harga murah sehingga potongan 50 peratus.