Jenazah dua beradik maut nahas dikebumi satu liang lahad

Iklan
Nurul Alhana Othman, 48, menyiram pusara dua anak kesayangannya.

TEMERLOH - Jenazah dua beradik yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 19 pada Jumaat selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gau Baru di sini pada Sabtu.

Proses pengebumian jenazah Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, dan adiknya Dinie Nasuha Noor Azlan Efenddy, 19, selesai sepenuhnya kira-kira jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, jenazah anak kedua dan keempat dari enam beradik itu dibawa dari Hospital Jengka kira-kira jam 10 pagi ke Masjid Nurul Iman Kampung Gau Baru untuk disembahyangkan.

Dinie Hanis dan adiknya, Dinie Nasuha maut selepas Toyota Ulser dinaiki dalam perjalanan ke tempat berniaga bertembung dengan kereta di lokasi kejadian.

Iklan

Suasana pilu menyelubungi proses pengebumian yang dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai serta penduduk setempat untuk memberikan penghormatan terakhir.

Dinie Hanis dan adiknya Dinie Nasuha maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Ulser dinaiki dalam perjalanan ke tempat berniaga bertembung dengan kereta di lokasi kejadian.

Iklan

Siasatan awal polis mendapati kemalangan kira-kira jam 7.25 malam itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala Bandar Jengka bertembung dengan kereta jenis Perodua Axia dari arah bertentangan.

Jenazah dua beradik yang maut dalam kemalangan dekat Felda Jengka 19 pada Jumaat selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gau Baru pada Sabtu.

Kemalangan itu menyebabkan dua beradik terbabit maut di tempat kejadian dan pemandu kereta dilaporkan parah.

Mayat kedua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat manakala pemandu kereta pula dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk rawatan lanjut.