JOHOR BAHRU - DAP mempertaruhkan calon Melayu, Nor Zulaila Abd Ghani, 38, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengumuman calon yang mesra dipanggil Lily itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dalam satu majlis di Plentong pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Nor Zulaila merupakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang sejak 2018 dan mempunyai lebih 12 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, pembangunan komuniti serta pentadbiran kerajaan.
Anak jati Lenga, Muar itu turut pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Bangi, Pengurus Penyelaras DUN Semenyih serta Pembantu Ahli Parlimen Serdang.
Kini beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Timbalan Menteri Kewangan.