Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Kulim

Iklan
Anggota APM meninjau rumah penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah di Kulim yang dilanda banjir. Foto APM

KULIM - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 25 mangsa di Kampung Sungai Seluang di sini dibuka akibat banjir kilat yang berlaku petang Jumaat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, jumlah mangsa terjejas membabitkan lapan keluarga itu ditempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin pada jam 11 malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua mangsa merupakan penduduk Kampung Seluang Bawah, Mukim Seluang selepas dua sungai iaitu Sungai Kilang Lama dan Sungai Kulim dinaiki air.

"Operasi pemindahan mangsa dilakukan sejak malam tadi ke PPS berkenaan.

Iklan

"Hujan lebat bermula jam 3 petang semalam dan berlarutan selama tiga jam menyebabkan berlaku limpahan di Lembangan Sungai Kulim," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurutnya, kadar taburan hujan sebelum ini direkodkan sebanyak 55 milimeter sejam.

Iklan

Amirul Aliff berkata, setakat ini keadaan cuaca cerah namun mangsa masih ditempatkan di PPS berkenaan setakat ini.