Budak 3 tahun dicampak dalam kandang buaya di zoo

Iklan
Johnsons of Old Hurst yang menempatkan lebih 100 haiwan termasuk koleksi buaya yang menjadi tarikan utamanya. - Foto Agensi

LONDON - Polis Britain membebaskan seorang lelaki yang disyaki cuba membunuh selepas dia mencampakkan kanak-kanak berusia tiga tahun ke dalam kandang buaya di sebuah zoo.

Mangsa dilaporkan cedera parah, namun keadaannya stabil selepas dia sempat diselamatkan oleh isteri pemilik Johnsons of Old Hurst sebuah ladang dan zoo di tengah England ketika kejadian menggemparkan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Polis Cambridgeshire memberitahu, individu tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin sehingga 19 September depan setelah didapati tidak berada dalam keadaan yang membolehkan soal siasat dijalankan.

Johnsons of Old Hurst, zoo milik keluarga yang menempatkan lebih 100 haiwan termasuk koleksi buaya yang menjadi tarikan utamanya memaklumkan Tropical House akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Iklan
Iklan

Menerusi catatan di Facebook, ia turut menzahirkan rasa simpati kepada kanak-kanak itu dan keluarganya. - Agensi