Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, Kuala Lumpur

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Kuala Lumpur hingga 7 malam ini.- Foto hiasan

KUALA LUMPUR -  Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Kuala Lumpur hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, di Kedah membabitkan kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim.

Iklan
Iklan

Keadaan sama dijangka melanda Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera).

Di Selangor, kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, di Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang dan Mersing, manakala di Negeri Sembilan kawasan terbabit melibatkan Jelebu dan Jempol.

Iklan
Iklan

Amaran sama dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan kawasan Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Sabah membabitkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Kudat. - Bernama