Syor lanjut had usia anak dalam penjara perlu kajian ilmiah - Jabatan Penjara

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa mengenai syor naikkan had usia anak dalam penjara.

SHAH ALAM - Sebarang cadangan berkenaan had umur tiga tahun yang ditetapkan bagi membolehkan anak tinggal bersama ibu di penjara perlu dibawa kepada pelbagai pihak berdasarkan kajian ilmiah.

Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan, berdasarkan Perkara 13 Peraturan-Peraturan Penjara 2000, seseorang kanak-kanak di bawah umur tiga tahun boleh diterima masuk bersama dengan ibunya oleh Ketua Pengarah Penjara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mana-mana kanak-kanak yang diterima masuk bersama dengan ibunya di bawah peraturan ini boleh diperuntukkan dengan keperluan asas bagi saraan dan jagaan kanak-kanak itu oleh ketua pengarah.

"Seseorang kanak-kanak tidak boleh diletakkan di dalam penjara bersama dengan ibunya selepas mencapai umur tiga tahun kecuali tambahan setahun dengan kelulusan Ketua Pengarah Penjara," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, apabila seseorang kanak-kanak mencapai umur tiga atau empat tahun, pegawai yang menjaga hendaklah merujuk kepada ketua pengarah untuk arahan sekiranya pegawai yang menjaga mengetahui tiada saudara-mara yang sanggup atau dalam kedudukan untuk menerima kanak-kanak itu.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa melaporkan cadangan Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia berkenaan penetapan had usia anak dijaga oleh ibu di dalam penjara dinaikkan kepada lima tahun.

Iklan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pula mengesyorkan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dipinda supaya setiap keputusan dibuat berdasarkan kepentingan terbaik kanak-kanak.

Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia, Norhimah Aziz dilaporkan berkata, tempoh tiga tahun terlalu singkat kerana kebanyakan kanak-kanak pada usia tersebut masih berada dalam fasa perkembangan awal dan sangat bergantung kepada hubungan emosi bersama ibu.

Bagi pandangan beliau, umur yang lebih sesuai mungkin sehingga lima tahun kerana pada peringkat ini kanak-kanak lebih mudah menyesuaikan diri, semakin berdikari dan mampu berinteraksi serta berkawan.