Pegawai media Ahmad Zahid terlibat kemalangan

Iklan
Gambar yan dikongsikan Ahmad Zahid kemalangan jalan raya melibatkan pegawai media berhampiran Maran pada malam Khamis. Foto FB Zahid Hamidi.

KUANTAN – Pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran pada malam Khamis.

Perkara itu dikongsikan Ahmad Zahid menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

Berdasarkan hantaran tersebut, beliau meluahkan rasa syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana semua yang terlibat dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

Iklan

“Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat ALLAH SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan semua petugas agar sentiasa menjaga keselamatan, mendapatkan rehat mencukupi serta berhati-hati ketika memandu terutama dalam perjalanan jarak jauh.

Iklan

“Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun.

“Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara ALLAH SWT,” katanya.

AKAN MENYUSUL