GUADALAJARA - Aksi Kumpulan A Piala Dunia antara Mexico dan Korea Selatan bermula panas apabila pemain Korea Selatan, Lee Kang-In dilayangkan kad kuning seawal minit ke-4 di Stadium Guadalajara.
Insiden itu berlaku selepas beliau melakukan terjahan lewat ke atas pemain tengah Mexico, Luis Romo, sekali gus menjadi kad pertama dalam perlawanan berkenaan.