Jenazah suami Nancy Shukri disolatkan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching

Iklan
Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Nancy Shukri dibawa ke Masjid Negara malam ini bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum diterbangkan ke Sarawak.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dibawa ke Masjid Negara malam ini bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum diterbangkan ke Sarawak untuk urusan pengebumian.

Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi kenyataan pada Khamis memaklumkan, pengurusan jenazah bermula dengan proses mandi jenazah di Hospital Ampang pada jam 9 malam.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, jenazah dibawa ke Masjid Negara pada 10 malam bagi membolehkan ahli keluarga serta kenalan terdekat memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah Datuk Kamil Misuari dijadual diterbangkan ke Kuching, Sarawak pada 11 pagi esok untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Iklan

Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan memaklumkan, jenazah akan diterbangkan menerusi penerbangan MH2520 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 12.50 tengah hari.

"Selepas urusan pelepasan di lapangan terbang yang dijangka mengambil masa antara 60 hingga 90 minit, jenazah akan dibawa ke kediaman rasmi Datuk Seri Nancy Shukri dan dijangka tiba pada 2.50 petang.

Iklan

"Solat jenazah akan diadakan di kediaman rasmi berkenaan pada 4.40 petang sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Samariang untuk dikebumikan," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, kira-kira 250 individu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham di Masjid Negara di sini malam ini.

Solat jenazah itu diimamkan oleh Imam Masjid Negara Zainul Hilmi Abd Jalil.

Tinjauan Bernama di Jabatan Forensik Hospital Ampang mendapati, ahli keluarga dan rakan terdekat Allahyarham telah berkumpul di hospital berkenaan termasuk Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak Jumaat lepas sebelum kesihatannya semakin merosot tengah hari tadi.

Ahli keluarga dari Lahad Datu, Sabah turut berada di ibu negara bagi menziarahi Allahyarham buat kali terakhir.- Bernama