KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memiliki dadah di lokap Kompleks Mahkamah Kota Bharu, minggu lepas.
Mohammad Fadhirul Musa, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.