KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) menghentikan serta-merta pelaksanaan latihan membaling grenade dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), susulan kejadian letupan yang berlaku di Kem Hobart, Gurun pada Selasa.
Latihan berkenaan dihentikan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada siasatan.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, berkata latihan berkenaan dihentikan serta merta untuk semua cabang perkhidmatan dalam TDM bagi membolehkan siasatan dijalankan.
"Siasatan akan dikendalikan oleh pegawai bertauliah dari Lembaga Siasatan termasuk Unit Bahagian Letupan dan Bom. Ia dijangka akan mengambil masa antara dua minggu hingga sebulan.
ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad
Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban
Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian
Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor
Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera
Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan
Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah
'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah
'Arwah kata nak jaga kami dulu sebelum kahwin' - Bapa Prebet Siti Khadijah
"Sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak yang berkenaan demi menjamin keselamatan warga TDM dan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Azhan berkata, pada masa ini pihaknya belum dapat memberikan perincian lanjut mengenai punca sebenar insiden letupan berkenaan.
"Pada masa ini, punca kejadian sedang di kenalpasti oleh Lembaga Siasatan yg telah ditubuhkan. Setelah itu tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil penemuan siasatan tersebut," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa TDM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD), yang terkorban dalam kejadian berkenaan.
"Bantuan sepenuhnya diberikan kepada keluarga termasuklah pampasan yang layak diterima," katanya.
Perincian berhubung bantuan bagaimanapun tidak dapat didedahkan kerana merupakan satu maklumat yang sulit.
Pada Selasa, media melaporkan kedua-dua anggota berkenaan cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.